Wednesday, December 23, 2015

Biodata Nabi Muhammad SAW.



· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Nota Kaki :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya.

Thursday, October 22, 2015

Puasa Sunat - Muharam

Puasa Sunat Hari Tasu'a (9 Muharram) Dan Hari Asyura (10 Muharram) Adalah Puasa Sunat Yang Di Tuntut.

Sunnahnya Puasa Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Puasa Asyura (10 Muharam) adalah puasa sunat yang sangat di tuntut dan digalakkan

Puasa selain merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengandung sekian banyak manfaat yang lain. Dengan berpuasa seseorang dapat mengendalikan syahwat dan hawa nafsunya. Dan puasa juga menjadi perisai dari api neraka. Puasa juga dapat menghapus dosa-dosa dan memberi syafaat di hari kiamat. Dan puasa juga dapat membangkitkan rasa sifat kemanusiaan, serta manfaat lainnya yang sudah dimaklumi terkandung pada ibadah yang mulia ini.

Pada bulan Muharram ada satu hari yang dikenal dengan hari Asyura. Orang-orang jahiliyah pada masa pra Islam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan hari Asyura (10 Muharram). Hal tersebut kerana pada hari ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala selamatkan Nabi Musa ‘alaihissalam dari kejaran Fir’aun dan bala tentaranya. Bersyukur atas karunia Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepadanya, Nabi Musa ‘alaihissalam akhirnya berpuasa pada hari ini. Tatkala sampai berita ini kepada Nabi kita Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah baginda bersabda,

فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ

“Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi)”.

Yang demikian kerana pada saat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam sampai di Madinah, baginda mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini, maka baginda sampaikan sabdanya sebagaimana di atas. Semenjak itu baginda SAW memerintahkan umatnya untuk berpuasa, sehingga jadilah puasa ‘Asyura diantara ibadah yang disukai di dalam Islam. Dan ketika itu puasa Ramadan belum diwajibkan.

Adalah Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu yang menceritakan kisah ini kepada kita sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Bukhari No 1900,

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِيْنَةَ فَرَأَى اليَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاء فَقَالَ:ماَ هَذَا؟ قَالُوْا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوْسَى. قَالَ: فَأَناَ أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Tatkala Nabi SAW datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan umatnya untuk melakukannya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Dan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, ia mengisahkan,

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ

“Dahulu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. (Hadis Riwayat Bukhari No 1897)

Islam memberi keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam adalah kerana pada hari ini (10 Muharram) ada kisah terdahulu daripada para nabi yang mulia.

Di masa hidupnya Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berpuasa di hari ‘Asyura. Kebiasaan ini bahkan sudah dilakukan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sejak sebelum diwajibkannya puasa Ramadan dan terus berlangsung sampai akhir hayatnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam . Al Imam Al Bukhari (No 1902) dan Al Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan di dalam shahih mereka dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhuma, ia berkata,

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ

“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari kerana keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.

Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh kerana itu ketika baginda Shallallahu ‘Alaihi Wassalam ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdal setelah Ramadan, baginda menjawab bulan Allah Muharram. Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah Ramadan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam”.

Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah r.a,

وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hadis ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporer seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah SAW semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan lebih kurang setahun sebelum wafatnya, baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ

“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan ( Muharram)”

Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam , “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”,.

Marilah sama-sama kita melaksanakan puasa sunat esok (22.10.2015) hari Khamis pada 9 Muharram (Hari Tasu'a) dan (23.10.2015) hari Jumaat pada 10 Muharram (Hari Asyura) semata-mata mencari keredaan Allah SWT dan tanda kita bersyukur kepada AllahSWT di atas rahmat, nikmat dan rezeki Allah SWT kepada kita semua.

Thursday, July 16, 2015

Doa Akhir Ramadhan

DOA AKHIR RAMADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah.

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah.

Terimalah puasa kami dengan sebaik-sebaik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanMu Ya Allah. Sehingga Engkau  memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkan kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dengan rahmatMu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di malam LailatulQadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan. 

 آمــــــــــــــــــين يا ربّ العالمين

Tuesday, July 14, 2015

Doa : Munajat Ramadhan

Ya Allah…
Ya Rahman…
Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, 
Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu Ya Allah… 

Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, 

Bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. 

Ya Allah..
takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, 
Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. 

Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..
Supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. 

Ya Allah..
ampunkanlah segala dosa kami, 
krn kami terlalu byk dosa kpdMu 

Ya Allah…
Kami lupa akan Engkau ketika sihat, 
kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, 
Kami lupa kdpMu ketika senang, 
kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. 

Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, 
Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, 
kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, 

justeru Ya Allah...
ampunilah semua dosa kami..
berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatiMu Ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami...
kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurgaMu 

Ya Allah...Ya Rahman...
pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...
kau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurgaMu ya Allah. 

Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. 
Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...

Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…

Golongkanlah mereka bersama org2 yg kau redhai…
apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..
maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…
dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…
hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…

Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, 
maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, 

Jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, 
berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, 
jika ada di klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, 
maka tunaikanlah hajat mereka, 
dan cukupkanlah keperluan mereka, 

Jika ada di klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, 
maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…

Agar dapat mereka beribadah bsama kami. 
Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, 
maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Maha Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. 
dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..
sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaanMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, 
Elokkanlah urusan dunia kami, 
yg padanya tempat kami mencari kehidupan, 
Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. 

Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….
Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, 
temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, 
jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, 
jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu 

Ya Allah…
jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. 

Ya Allah…
temukanlah kami dgn lailatul qadr…
pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….

Ya Allah..terimalah amalan kami..
terimalah taubah kami..
ampunkanlah segala dosa kami...
amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…

kurniakanlah kpd kami syurgamu yg Maha luas nikmatnyaw

Tuesday, June 16, 2015

Khatam Quran di Ramadhan

📖 📚📗Bagaimana cara untuk melengkapkan bacaan QUR'AN dalam bulan Ramadhan:

• Qur'an hanya mempunyai 6⃣0⃣4⃣ muka surat.
•Jika kamu bahagikan kepada  3⃣0⃣ hari, jadi kamu akan dapat  20 muka surat dalam sehari!.

❗❔❓❕KAmu mesti berfikir bahawa perkara sebegini sukar untuk dilakukan bukan ?
✋Tetapi, jika kamu bahagikan ia mengikut waktu solat 5⃣ kali sehari, perkara ini akan menjadi mudah :

👍 Jika kamu baca 4⃣ muka surat setiap kali selepas waktu solat di dalam bulan Ramadhan, maka kamu telah melengkapkan keseluruhan  Quran.
🆗❗❕❔❗❓
👍👍 Jika kamu mahu khatam Qur'an sebanyak 2kali, bacalah sebanyak 4⃣ muka surat sebelum solat and  4⃣ selepas setiap kali solat.

📲 ➡🔁♻ Bayangkan, jika kamu hantar  💌mesej ini kepada orang lain , 💌 jika mereka mendapat manfaat dan khatam Quran sebaiknya,📚 kamu juga akan mendapat pahala, in sha' Allah.🌹


Jom sama2!!!

Friday, June 12, 2015

Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah

ُSalam Jumaat
25 Syaaban 1436H,
12 Jun 2015.           
                          
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami, 
Ya Allah sayangilah kami, 
Ya Allah tutupilah aib kami, 
Ya Allah tambahkanlah rezeki kami, 
Ya Allah berilah kami petunjuk, 
Ya Allah sihatkanlah kami dan 
Ya Allah maafkan kami.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya Allah kami memohon kepada Mu teguhkanlah hati kami dalam semua urusan.

Ya Allah berilah kami hati yang jernih agar kami selalu bersyukur diatas kekurangan yang kami miliki agar kami merasa cukup dalam kekurangan.

Ya Allah ajar kami redha dan ikhlas agar kami tidak mengeluh bila kebahagiaan kami tidak lagi sempurna.

Ya Allah jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Jadikanlah kami lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. 

Ya Allah jika kami tiada rezeki wang ringgit yang banyak, berilah kami rezeki kesihatan dan jadikan kami lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Ya Allah jika kami tiada rezeki untuk mendapat kereta mewah, berikan kami rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Ya Allah jadilah kami lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Ya Allah jika tiada rezeki rumah yang besar, berikan kami rezeki makanan yang tidak pernah putus.

Ya Allah jika kami tiada rezeki untuk mendapat  pasangan yang cantik, berikan kami rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Ya Allah jadikan kami lebih bahagia kerana hidup berteman dan terurus segalanya.

Ya Allah jika kami tiada rezeki untuk mendapat jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Ya Allah jadikanlah kami lebih bahagia dan dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua kami.

Ya Allah, ingatkan kami jika tiada rezeki kami pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Ya Allah bahagiakanlah kami dengan rezeki yang tidak dijangka.

Ya Allah jadikanlah kami bermuhasabah diri, bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Allah Yang Maha Adil dan penentu segala-galanya.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Ya Allah selamatkan kami dibulan Syaaban ini dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah

30 juz for Ramadhan

Assalaamu'alaikum dear Muslims, inshaaAllah in a week, we will blessed with the holy month of Ramadhan. May Allah accept our ibadah. 

Brief tadabbur of the Quran, 1 juz a day with Brother Nouman Ali Khan

Juz 1: https://www.youtube.com/watch?v=pt9fUcL8njY

Juz 2: https://www.youtube.com/watch?v=gWZDVYom3RE

Juz 3: https://www.youtube.com/watch?v=wFsYnwI6zEA

Juz 4: https://www.youtube.com/watch?v=h2kwFI7bKi0

Juz 5: https://www.youtube.com/watch?v=9C6QyjX53cg

Juz 6: https://www.youtube.com/watch?v=KVh-W6CjIOc

Juz 7: https://www.youtube.com/watch?v=tXsMMj7m9tQ

Juz 8: https://www.youtube.com/watch?v=6NFo35g7zo8

Juz 9: https://www.youtube.com/watch?v=2i80milYJAc

Juz 10: https://www.youtube.com/watch?v=RlKDxmw466Y

Juz 11: https://www.youtube.com/watch?v=Btsvfuu2eE4

Juz 12: https://www.youtube.com/watch?v=K1uQ1l4LQFE

Juz 13: https://www.youtube.com/watch?v=eThSNtJe7SY

Juz 14: https://www.youtube.com/watch?v=Vvn2WCO_zPg

Juz 15: https://www.youtube.com/watch?v=3xOK85qRQ_o

Juz 16: https://www.youtube.com/watch?v=WAwI1MvBViE

Juz 17: https://www.youtube.com/watch?v=x9nMCACgvqk

Juz 18: https://www.youtube.com/watch?v=y5YpDilwN04

Juz 19: https://www.youtube.com/watch?v=T_DMb8o32c8

Juz 20: https://www.youtube.com/watch?v=DzSDr5xiGIE

Juz 21: https://www.youtube.com/watch?v=0qAhT7MV0Fg

Juz 22: https://www.youtube.com/watch?v=bFUACCm25ok

Juz 23: https://www.youtube.com/watch?v=PKFc1o8Yvzk

Juz 24:https://www.youtube.com/watch?v=R6XHHcbcitI

Juz 25: https://www.youtube.com/watch?v=iLvV_1JT2Ik

Juz 26: https://www.youtube.com/watch?v=v_zrDh9Ny8g

Juz 27: https://www.youtube.com/watch?v=kvUU1g4i2bk

Juz 28: https://www.youtube.com/watch?v=xJRf_4tojx4

Juz 29: 
https://www.youtube.com/watch?v=Ugx4MZK3EGQ

Juz 30: 
https://www.youtube.com/watch?v=9JL09VjJQWE

Would be nice to listen to the relevant juz during the day before that juz is recited in taraweeh that night.

Thursday, June 11, 2015

Tahap Keyakinan Manusia

Ilmul Yaqin (Keyakinan Ilmu)

Yakin dengan ilmu, bila manusia tu ada ilmu, dia akan lebih yakin dan percaya dengan sesuatu.

Sebagai contoh:-
Pelanggan akan lebih rasa yakin bila mana dia percaya yang produk coklat kita mampu memberikan tenaga maksima. Kita sebagai peniaga pula kena yakin kan pelanggan kita bagi dia fakta fakta ilmu tentang bahan dalam produk kita untuk dia yakin membelinya.

Ainul Yaqin (Keyakinan Dengan Melihat)

Manusia akan lebih yakin bilamana di lihat sesuatu dengan sendiri.

Contohnya:-
Pelanggan kita lihat testimoni ramai orang berjaya kurus dengan produk kita. Kita sebagai Peniaga kena bagi pelanggan lihat dengan mata sendiri .

Contoh lain:-
Kalau kita soft selling, jangan jual.. Tapi makan depan orang ramai.. Bila orang tengok kita makan buat expresi muka sedap.. Dia akan tanya bukan? Disini kita boleh lihat. Keyakinan melalui apa yang manusia lihat.

Haqqul Yaqin (Keyakinan dengan Bertindak)

Manusia akan lebih yakin dengan dia sendiri bertindak.. Di sini bermaksud, rasai pengalaman itu sendiri dengan bertindak.

Sebagai contoh:-
Kita jual kek oren, kita bagi tester bila bertindak untuk makan dia akan dapat pengalaman kan? Disini lah keyakinan terhasil dari tindakan hasil dari pengalaman... Kita sebagai peniaga wajib berikan tester (pengalaman) kepada customer untuk lengkapnkan keyakinan ini.

Kamalul Yaqin (Keyakinan KeseluruhanXlah)

Kemalul Yaqin adalah totally yakin... Keyakinan keseluruhan... Tahap Bilamana manusia dah yakin dengan kesemua keyakinan di atas...

Senang nak meniaga bila pelanggan dah berada pada tahap ni... Sebut je ape... Confirm beli...

Friday, June 5, 2015

Syukur Allāh..

Tarik Nafas 4 Saat. Tahan 2 Saat Dan Lepas.

Tutup Mata. Tarik Nafas Tahan Dan Lepas. Lafazkan Dari Hati. Ya Allah Aku Bersyukur Kerana Anak Anak Ku Masih Hidup. Untuk Aku Terus Menatapi Wajah Wajah Mereka.

Aku Bersyukur Kerana Aku Masih Hidup Untuk Terus Dapat Menikmati Kehidupan Ini Dengan Anak Anak Ku Ya Allah.

Aku Bersyukur Nyawa Nyawa Anak Ku Tidak Kau Tarik Pada Hari Ini, Dan Memberi Peluang Kepada Ku Untuk Menatapi Wajah Wajah Mereka Ya Allah.

Aku Bersykur Kerana Nyawa Ibu Dan Ayah Ku Tidak Kau Cabut Hari Ini Ya Allah.

Aku Bersyukur Kerana Aku Masih Di Berikan Peluang Untuk Melihat Wajah Wajah Orang Tua Ku Ya Allah.

Tarik Nafas Tahan Lepas.

Terima Kasih Ya Allah.

Adakah Korang Merasakan Sesuatu Kesyukuran Yg Amat Mendalam?

Adakah Korang Merasa Sebak Semasa Bersyukur Tadi?

Sebenarnya Jika Kita Bersyukur Dengan Mendalam, Ia Mempercepatkan Proses Penerimaan Benda Yg Lebih Banyak Untuk Kita Syukurkan, Kerana Itu Adalah Syukur Yang Paling Ikhlas.


Tuesday, April 28, 2015

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )