Wednesday, July 18, 2012

Dr Asri - Bilal Bin Rabah




Namanya adalah Bilal bin Rabah, Muadzin Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, memiliki kisah menarik tentang sebuah perjuangan mempertahankan aqidah. Sebuah kisah yang tidak akan pernah membosankan, walaupun terus diulang-ulang sepanjang zaman. Kekuatan alurnya akan membuat setiap orang tetap penasaran untuk mendengarnya.

Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah s.w.t berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di muka bumi ini.

Penceramah : Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza)
Sumber asal : Muhammad Sobri Ismail (PROmediaTAJDID)
Manipulator : Mohd Daruzi Mat Isa (alkdaruzi)

www.facebook.com/daruzi
www.facebook.com/naza.nurul

Tuesday, July 17, 2012

Bacaan Dalam Solat Dan Maknanya



Doa Iftitah

Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.


Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian aku diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.

Ta’awwudz

A’uudzu billaahi minasy syaithaanir rajiim


Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang terkutuk.

Al Fatihah dan Ayat Al-Quran

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil’aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin Ihdinash shiraathal mustaqiim Shirathal ladziina an’amta alaihim gahiril maghdhuubi’alaihin waladh dhaalliin Aaamiin


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara sekalian Alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Yang merajai hari pembalasan Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu saja kami mohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus Jalan mereka yang Engkau beri ni’mat, bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kabulkanlah permohonan kami, ya Allah!

Wal ashri innal insaana lafii khusrin illaladziina ‘aamanu wa’amilus shaalihaati watawaashaw bil haqqi watawaashaw bis shabri (QS)


“Demi waktu. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh serta mereka yang berwasiat pada jalan kebenaran dan mereka yang berwasiat pada ketabahan.”

Ruku

Subhaana rabbiyal azhim (3x)

(”Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung“)

atau

Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii

(Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)

I’tidal

Sami’allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu.

(Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.)

atau

“Mil-ussamaawaati wa mil ul ardhi wa mil-umaa syi’ta min sya-in ba’du”

(Untuk-Mu lah segala puji sepenuh langit dan bumi dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki.)

Sujud

Subhaana rabbiyal a’la (3x)

(Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi)

atau

Subhaanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika Allaahummaghfirlii

(Mahasuci Engkau ya Allah, ya Tuhan kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku)

Duduk Diantara Dua Sujud

Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, wahdinii, warzuqnii

(Ya Allah, ampunilah hamba, kasihanilah hamba, cukupilah hamba, tunjukilah hamba, dan berilah hamba rizki.)

atau

Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa’nii, warzuqnii, wahdinii, wa’afinii, wa’fu’annii.

(Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupilah aku, angkatlah derajatku, berilah aku rizki, tunjukilah aku, sehatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.)

Duduk Tahiyyat

At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu waththayibaatu
Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do’a dan semua yang baik-baik.
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.
Assalaamu’alainaa wa’ala ibaadillahis shaalihiin
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.


Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.

Memberi Salam

Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh

(Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)

Thursday, July 12, 2012

Solat² sunat sebelum & selepas solat Fardu

Solat Sunat Rawatib




Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

> 2 rakaat sebelum Zohor,
> 2 rakaat selepas Zohor,
> 2 rakaat selepas Maghrib,
> 2 rakaat selepas Isyak dan
> 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :

2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :

2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
4 Rakaat sebelum Solat Asar.
2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
2 Rakaat sebelum Isyak.


DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

Sabda Rasulullah s.a.w :

عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة

(متفق عليه)

Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."

(Muttafaq �alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً

Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :

أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

Sumber: http://e-mosque.com.my/ibadatsunat/srawatib.html

Bacaan solat - Duduk antara 2 sujud


"Rabbighfirli" - Tuhanku, ampuni aku
"Warhamni" - Sayangi aku
"Wajburnii" - Tutuplah aib-aibku
"Warfa'nii" - Angkatlah derajatku
"Warzuqnii" - Berilah aku rezeki
"Wahdinii" - Berilah aku petunjuk
"Wa'Aafinii" - Sehatkan aku
"Wa'fuannii' - Maafkan aku