Wednesday, December 26, 2012

Surah al-'Asr (The Time)

Surah al-'Asr (The Time)


`Letters in Red is to remain silent.

source : http://www.quran4theworld.com/transliteration/103.html

Surah al-Kafirun (The Disbelievers) سورة الـكافرون

Surah al-Kafirun (The Disbelievers) سورة الـكافرون


`Letters in Red is to remain silent.


Another day..

Alhamdulillāh for another day. Ya Rabb have mercy on my parents & guide us to the straight path. Amīn


Tuesday, December 25, 2012

Al-Fatihah



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

 مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

 اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ 

 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 


آمِيّنْ

Wednesday, December 19, 2012

Mendidik Anak


Renungan bersama...



1) Jangan pukul anak dari lutut ke-atas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita, nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

`Sabda Rasulullah Muhammad (ﷺ).

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak² yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak² terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak², janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak² merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak² menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak² yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak² apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak² anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak² anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak² akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak² anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak² ibarat kain putih. Ibu-bapalah yang mencorakkannya menjadi Muslim, Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Saturday, December 15, 2012

Qauli - Solat

Rukun Qauli ini TIDAK BOLEH baca dalam hati, tidak sah solat itu.. ada 5 semua sekali rukun qauli.. boleh balik cari sendiri supaya ingat ya. tapi yang pentingnya sini, RUKUN QAULI KENA BACA BUNYI MULUT DAN MESTI DI DENGAR DI TELINGA KITA SENDIRI - TIDAK BOLEH BACA DIDALAM HATI ya "yang lepas² nok uat guane (macam mana), istighfar banyak²", kata Ustaz Azhar Idrus.


Wednesday, December 12, 2012

Friday, December 7, 2012

Doa Untuk Ibu & Bapa

Jom aminkan doa ini.. :)



"Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

“Apabila hamba itu meninggalkan untuk berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Tips Imam Syafi'e 4 Perkara Untuk Sihat.




Empat perkara menguatkan badan..
1. makan daging.
2. memakai haruman.
3. kerap mandi.
4. berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan..
1. banyak berkelamin (bersetubuh).
2. selalu cemas.
3. banyak minum air ketika makan.
4. banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata.
1. duduk mengadap kiblat.
2. bercelak sebelum tidur.
3. memandang yang hijau.
4. berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata..
1. memandang najis.
2. melihat orang dibunuh.
3. melihat kemaluan,
4. membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran..
1. tidak banyak berbual kosong.
2. rajin bersugi (gosok gigi).
3. bercakap dengan orang soleh.
4. bergaul dengan para ulama.