Tuesday, June 16, 2015

Khatam Quran di Ramadhan

📖 📚📗Bagaimana cara untuk melengkapkan bacaan QUR'AN dalam bulan Ramadhan:

• Qur'an hanya mempunyai 6⃣0⃣4⃣ muka surat.
•Jika kamu bahagikan kepada  3⃣0⃣ hari, jadi kamu akan dapat  20 muka surat dalam sehari!.

❗❔❓❕KAmu mesti berfikir bahawa perkara sebegini sukar untuk dilakukan bukan ?
✋Tetapi, jika kamu bahagikan ia mengikut waktu solat 5⃣ kali sehari, perkara ini akan menjadi mudah :

👍 Jika kamu baca 4⃣ muka surat setiap kali selepas waktu solat di dalam bulan Ramadhan, maka kamu telah melengkapkan keseluruhan  Quran.
🆗❗❕❔❗❓
👍👍 Jika kamu mahu khatam Qur'an sebanyak 2kali, bacalah sebanyak 4⃣ muka surat sebelum solat and  4⃣ selepas setiap kali solat.

📲 ➡🔁♻ Bayangkan, jika kamu hantar  💌mesej ini kepada orang lain , 💌 jika mereka mendapat manfaat dan khatam Quran sebaiknya,📚 kamu juga akan mendapat pahala, in sha' Allah.🌹


Jom sama2!!!

Friday, June 12, 2015

Segala puji-pujian hanya untukMu Ya Allah

ُSalam Jumaat
25 Syaaban 1436H,
12 Jun 2015.           
                          
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami, 
Ya Allah sayangilah kami, 
Ya Allah tutupilah aib kami, 
Ya Allah tambahkanlah rezeki kami, 
Ya Allah berilah kami petunjuk, 
Ya Allah sihatkanlah kami dan 
Ya Allah maafkan kami.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami pada hari ini dan bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya Allah kami memohon kepada Mu teguhkanlah hati kami dalam semua urusan.

Ya Allah berilah kami hati yang jernih agar kami selalu bersyukur diatas kekurangan yang kami miliki agar kami merasa cukup dalam kekurangan.

Ya Allah ajar kami redha dan ikhlas agar kami tidak mengeluh bila kebahagiaan kami tidak lagi sempurna.

Ya Allah jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Jadikanlah kami lebih bahagia dari mendapat anak yang liar. 

Ya Allah jika kami tiada rezeki wang ringgit yang banyak, berilah kami rezeki kesihatan dan jadikan kami lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Ya Allah jika kami tiada rezeki untuk mendapat kereta mewah, berikan kami rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Ya Allah jadilah kami lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Ya Allah jika tiada rezeki rumah yang besar, berikan kami rezeki makanan yang tidak pernah putus.

Ya Allah jika kami tiada rezeki untuk mendapat  pasangan yang cantik, berikan kami rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Ya Allah jadikan kami lebih bahagia kerana hidup berteman dan terurus segalanya.

Ya Allah jika kami tiada rezeki untuk mendapat jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Ya Allah jadikanlah kami lebih bahagia dan dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua kami.

Ya Allah, ingatkan kami jika tiada rezeki kami pada hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Ya Allah bahagiakanlah kami dengan rezeki yang tidak dijangka.

Ya Allah jadikanlah kami bermuhasabah diri, bersabar, bersyukur, berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya Allah Yang Maha Adil dan penentu segala-galanya.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Ya Allah selamatkan kami dibulan Syaaban ini dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah

30 juz for Ramadhan

Assalaamu'alaikum dear Muslims, inshaaAllah in a week, we will blessed with the holy month of Ramadhan. May Allah accept our ibadah. 

Brief tadabbur of the Quran, 1 juz a day with Brother Nouman Ali Khan

Juz 1: https://www.youtube.com/watch?v=pt9fUcL8njY

Juz 2: https://www.youtube.com/watch?v=gWZDVYom3RE

Juz 3: https://www.youtube.com/watch?v=wFsYnwI6zEA

Juz 4: https://www.youtube.com/watch?v=h2kwFI7bKi0

Juz 5: https://www.youtube.com/watch?v=9C6QyjX53cg

Juz 6: https://www.youtube.com/watch?v=KVh-W6CjIOc

Juz 7: https://www.youtube.com/watch?v=tXsMMj7m9tQ

Juz 8: https://www.youtube.com/watch?v=6NFo35g7zo8

Juz 9: https://www.youtube.com/watch?v=2i80milYJAc

Juz 10: https://www.youtube.com/watch?v=RlKDxmw466Y

Juz 11: https://www.youtube.com/watch?v=Btsvfuu2eE4

Juz 12: https://www.youtube.com/watch?v=K1uQ1l4LQFE

Juz 13: https://www.youtube.com/watch?v=eThSNtJe7SY

Juz 14: https://www.youtube.com/watch?v=Vvn2WCO_zPg

Juz 15: https://www.youtube.com/watch?v=3xOK85qRQ_o

Juz 16: https://www.youtube.com/watch?v=WAwI1MvBViE

Juz 17: https://www.youtube.com/watch?v=x9nMCACgvqk

Juz 18: https://www.youtube.com/watch?v=y5YpDilwN04

Juz 19: https://www.youtube.com/watch?v=T_DMb8o32c8

Juz 20: https://www.youtube.com/watch?v=DzSDr5xiGIE

Juz 21: https://www.youtube.com/watch?v=0qAhT7MV0Fg

Juz 22: https://www.youtube.com/watch?v=bFUACCm25ok

Juz 23: https://www.youtube.com/watch?v=PKFc1o8Yvzk

Juz 24:https://www.youtube.com/watch?v=R6XHHcbcitI

Juz 25: https://www.youtube.com/watch?v=iLvV_1JT2Ik

Juz 26: https://www.youtube.com/watch?v=v_zrDh9Ny8g

Juz 27: https://www.youtube.com/watch?v=kvUU1g4i2bk

Juz 28: https://www.youtube.com/watch?v=xJRf_4tojx4

Juz 29: 
https://www.youtube.com/watch?v=Ugx4MZK3EGQ

Juz 30: 
https://www.youtube.com/watch?v=9JL09VjJQWE

Would be nice to listen to the relevant juz during the day before that juz is recited in taraweeh that night.

Thursday, June 11, 2015

Tahap Keyakinan Manusia

Ilmul Yaqin (Keyakinan Ilmu)

Yakin dengan ilmu, bila manusia tu ada ilmu, dia akan lebih yakin dan percaya dengan sesuatu.

Sebagai contoh:-
Pelanggan akan lebih rasa yakin bila mana dia percaya yang produk coklat kita mampu memberikan tenaga maksima. Kita sebagai peniaga pula kena yakin kan pelanggan kita bagi dia fakta fakta ilmu tentang bahan dalam produk kita untuk dia yakin membelinya.

Ainul Yaqin (Keyakinan Dengan Melihat)

Manusia akan lebih yakin bilamana di lihat sesuatu dengan sendiri.

Contohnya:-
Pelanggan kita lihat testimoni ramai orang berjaya kurus dengan produk kita. Kita sebagai Peniaga kena bagi pelanggan lihat dengan mata sendiri .

Contoh lain:-
Kalau kita soft selling, jangan jual.. Tapi makan depan orang ramai.. Bila orang tengok kita makan buat expresi muka sedap.. Dia akan tanya bukan? Disini kita boleh lihat. Keyakinan melalui apa yang manusia lihat.

Haqqul Yaqin (Keyakinan dengan Bertindak)

Manusia akan lebih yakin dengan dia sendiri bertindak.. Di sini bermaksud, rasai pengalaman itu sendiri dengan bertindak.

Sebagai contoh:-
Kita jual kek oren, kita bagi tester bila bertindak untuk makan dia akan dapat pengalaman kan? Disini lah keyakinan terhasil dari tindakan hasil dari pengalaman... Kita sebagai peniaga wajib berikan tester (pengalaman) kepada customer untuk lengkapnkan keyakinan ini.

Kamalul Yaqin (Keyakinan KeseluruhanXlah)

Kemalul Yaqin adalah totally yakin... Keyakinan keseluruhan... Tahap Bilamana manusia dah yakin dengan kesemua keyakinan di atas...

Senang nak meniaga bila pelanggan dah berada pada tahap ni... Sebut je ape... Confirm beli...

Friday, June 5, 2015

Syukur Allāh..

Tarik Nafas 4 Saat. Tahan 2 Saat Dan Lepas.

Tutup Mata. Tarik Nafas Tahan Dan Lepas. Lafazkan Dari Hati. Ya Allah Aku Bersyukur Kerana Anak Anak Ku Masih Hidup. Untuk Aku Terus Menatapi Wajah Wajah Mereka.

Aku Bersyukur Kerana Aku Masih Hidup Untuk Terus Dapat Menikmati Kehidupan Ini Dengan Anak Anak Ku Ya Allah.

Aku Bersyukur Nyawa Nyawa Anak Ku Tidak Kau Tarik Pada Hari Ini, Dan Memberi Peluang Kepada Ku Untuk Menatapi Wajah Wajah Mereka Ya Allah.

Aku Bersykur Kerana Nyawa Ibu Dan Ayah Ku Tidak Kau Cabut Hari Ini Ya Allah.

Aku Bersyukur Kerana Aku Masih Di Berikan Peluang Untuk Melihat Wajah Wajah Orang Tua Ku Ya Allah.

Tarik Nafas Tahan Lepas.

Terima Kasih Ya Allah.

Adakah Korang Merasakan Sesuatu Kesyukuran Yg Amat Mendalam?

Adakah Korang Merasa Sebak Semasa Bersyukur Tadi?

Sebenarnya Jika Kita Bersyukur Dengan Mendalam, Ia Mempercepatkan Proses Penerimaan Benda Yg Lebih Banyak Untuk Kita Syukurkan, Kerana Itu Adalah Syukur Yang Paling Ikhlas.