Tuesday, March 27, 2012

Doa Selepas Solat.




Dengan nama ALLAH yang Maha-Pemurah lagi Maha-Penyayang.

Segala puji bagi ALLAH Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang semulia-mulia persuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekelian sahabat-sahabatnya.

Ya-Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya-Allah, Ya-Tuhan kami, ampunilah segala dosa² kesalahan kami dan dosa² kesalahan kedua ibu-bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu-bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya-Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya-Allah, Ya-Tuhan kami, janganlah kiranya engkau pesongkan iman kami sesudah engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha-Pengkurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat² baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam.

No comments:

Post a Comment