Friday, May 25, 2012

Sembahyang Sunat Witir


Salah satu sembahyang yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Fajar, baik didalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan lainnya dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang Witir walaupun sekali.

Sabda Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Barang siapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sembahyang sunat Witir walaupun ia tidaklah sampai hukum wajib

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim dari Ali ra yang bermaksud:

"Sebenarnya Witir itu bukanlah fardhu sebagaimana sembahyang kamu yang lima. Tetapi setelah Rasulullah saw melakukan sembahyang Witir baginda bersabda, " Wahai ahli Al-Quaran, kerjakanlah sembahyang Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil atau Esa) dan suka sekali kepada ganjil."

Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang sunat Witir ini sebanyak sebelas raka'at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka'at satu salam.Bahkan ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka'at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan paling sedikit stu raka'at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka'at dan keatas, maka tiga raka'at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

Cara melaksanakannya

1. Lakukanlah setelah selesai mengerjakan sembahyang sunat selepas Isyak, atau mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud ataupun selepas sembahyang Tarawih dibulan Ramadhan untuk mendirikan sembahyang sunat Witir.

2. Kalau melakukan sembahyang Witir sebanyak dua raka'at dahulu, maka lafazkan dan niatkanlah seperti berikut:

Ushalli sunnatal witri rak'taini lillahi ta'ala.

Ertinya :"Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua raka'at kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan selepas Fatihah:
Raka'at pertama: Surah Al-A'laa
Raka'at kedua: Surah Al-Kafiruun

4. Sesudah salam, maka berdiri lagi untuk mengerjakan satu raka'at Witir dengan lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri rak'atauni lillahi ta'ala

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu raka'at kerana Allah ta'ala"

5. Sekiranya melakukan sembahyang sunat Witir tiga raka'at terakhir dengan sekali salam, maka lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri Thalatha rak'tin lillahi ta'la

Ertinya :"Sahaja aku sembahyang sunat Witir tiga raka'at kerana Allah ta'ala"

6. Pada raka'at sembahyang Witir yang terakhir ini eloklah dibaca selepas Fatihah ketiga-tiga surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

7. Adapun surah-surah yang disebutkan, bukanlah satu kemestian. Tetapi paling tidak, bacalah ketiga-tiga surah di dalam raka'at terakhir yang disebutkan.

Bacaan Doa Qunut Sunat Witir

Sekiranya dilakukan pada bulan Ramadhan selepas sembahyang Terawih, iaitu selepas 15 Ramadhan, sebaik sahaj bangun dari rukuk dan i'tidal pada raka'at kedua, hendaklah dibaca doa qunut sepertimana yang selalu dilakukan pada sembahyang Subuh setiap hari. Adapun bacaannya ialah:

Allahummah dinii fiiman hadait, wa'aafini fiiman 'aafait, wa tawallani fiiman tawallait, wa baariklii fiiman a'tait, wa qinii syarra maa qhadhait, fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa 'alaik, fa innahu la yazillu man waalait, walaa ya'izzuman 'aadait, tabaarakta rabbana wata'alait, falakal hamdu 'alaa maa qhadhait, astaghfiruka wa atuubu ilaik, wa sollallahu 'alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa'alaa aali wa sohbihi wassallam

Ertinya:"Ya Allah! Berilah aku petunjuk sepertimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sihatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau sihatkan. Muliakanlah aku bersama orang-orang yang telah engkau muliakan. Berkatilah segala yang Engkau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang sudah Engkau tentukan, kerana hanya sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menentukan, dan tiada seorang juapun yang dapat merubah ketentuanMu. Sesungguhnya tiadalah akan hina orang-orang yang Engkau muliakan dan tiada pula akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi. telah memberi berkat Engkau, Wahai Tuhanku dan Maha Tinggilah Engkau."

Doa dan Wirid Selepas Sembahyang Witir

1. Seseorang yang selesai mengerjakan sembahyang Witir disunatkan mengucapkan zikir:

Subhaanal malikil quddus

Ertinya:"Maha Suci Tuhan Yang Maha Kudus"

2. Zikir ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suaranya.

3. Adakalanya Rasulullah saw membaca doa:

" Allahummaj 'al fii qalbii nuuraa, waafii basharii nuuraa, wafii sam'ii nuuraa, wa'ai yasaarii nuuraa, wafuuqii nuuraa, watahtii nuuraa, waamaamii nuura, wakhalfii nuuraa, waj'al lii yauma liqa ika nuuraa, wafii 'ashbii nuuraa, wfii sya'rii nuuraa, wafii lisaanii nuuraa, waj'al fii nafsii nuuraa, wa a'dzim lii wajzil lii nuura, wa'tinii nuuraa ".

No comments:

Post a Comment