Wednesday, April 10, 2013

Ya Allāh, Ya Rāhman, Ya Rāhim..



بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allāh, Ya Rāhman, Ya Rāhim..

'Ya Allāh, hidupkanlah aku dengan iman, matikanlah aku dalam iman & tempatkanlah aku ke dalam syurga-Mu dengan iman. Sesungguhnya aku takut dengan api neraka-Mu, namun aku tahu aku tidak layak untuk ke syurga-Mu.'

'Ya Allāh, ampunkanlah dosa²ku & isteriku yang terdahulu & yang sekarang. Sama ada yang terang mahupun yang tersembunyi.'

'Ya Allāh, ampunkanlah dosa² ayah & emak-ku yang terdahulu, yang terkini, yang sekarang. Sama ada yang terang mahupun yang tersembunyi. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil.'

'Ya Allāh, ampunkanlah dosa² arwah bapa, ibu mentuaku yang terdahulu, yang terkini, yang sekarang. Sama ada yang terang mahupun yang tersembunyi. Tempatkanlah arwah bapa mentuaku ditempat orang² yang beriman.'

'Ya Allāh, jadikanlah anakku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran & al-Hadith dengan berkat daripada junjungan besar Nabi Muhammad (ﷺ).

'Ya Allāh, jauhkanlah keluargaku daripada segala musibah di dunia ini. Murahkanlah rezeki kami & janganlah Engkau sempitkan hidup kami di dunia ini & di akhirat. Sesungguhnya, Engkau Maha Pemurah, Pengampun & Maha Mengasihani.'

Amin Ya Rābbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment