Friday, April 27, 2012
Isteri & Anak Anak Rasulullah - Ustaz Kazim Elias
Lagu untuk isteri oleh Ustaz Kazim (minit 48:53 ke 49:15).
"isteri cerdik yang soleha, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, dirumah ia isteri, dijalanan kawan, ketika kita buntu, dia penunjuk jalan.."
Perkara wajib yang harus kita tahu tentang Nabi Muhammad SAW :
Keturunannya :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Hakim bin Murrah..
Bondanya: Siti Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf..
Nabi dilahirkan pada waktu subuh 12 Rabiul Awal (20 April 571) berkeadaan yatim (bapanya meninggal dunia semasa didalam kandungan) di Mekah al-Mukarammah dan dilantik menjadi Rasul di umur 40 tahun.
> orang yang minum arak, tidak diterima ibadatnya selama 40 hari.
> umat Nabi Musa A.S disesatkan di gurun teh selama 40 tahun.
> Nabi Musa A.S mengadap ALLAH SWT selama 40 hari di bukit Tursina untuk mendapatkan kitab Taurat (mendapatkan ajaran).
> Nabi Yunus A.S duduk didalam perut ikan Nun selama 40 hari.
> kita berada didalam rahim ibu kita (semasa benih) 40 hari, dalam bentuk segumpal darah 40 hari, dalam bentuk segumpal daging 40 hari.
Manuasia itu kehidupannya bermula pada angka 40 tahun (matang, berfikiran panjang, lebih penyabar).
Baginda tinggal di Madinah selama 10 tahun dan wafat di rumah Saidatina A'isah ketika berumur 63 tahun.
Disebut "umur umat ku kebanyakannya 60 ke 70 tahun"
Perwatakan, sederhana (tidak tinggi & tidak rendah). Berperangai baik. Mempunyai akhlak yang besar. Amanah. Sentiasa senyum & selalu menolong orang didalam kesusahan.
Orang Islam yang terbaik : orang yang memberi makan kepada orang & orang yang memberi salam kepada orang lain.
Kelebihan Nabi SAW, Baginda seorang yang bijaksana. Mempunyai mata yang besar, dahinya luas, rambutnya ikal, badannya tegap, dadanya bidang & berbulu.
Peluhnya lebih wangi dari bau kasturi. Tangannya lebih lembut dari sutera. Bersopan santun kepada yang muda (budak kecil) & yang tua.
Warna kulitnya = putih/kuning.
Bulu keningnya tebal & bersambung, rambutnya lurus (tebal & ikal) dan jatuh diatas bahunya.
Anak Nabi² SAW 7 orang.
Saidatina Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah R.A
Al-Qasim bin Muhammad (meninggal ketika umurnya 2 tahun)
Abdullah bin Muhammad
Zainab binti Muhammad
Ruqaiyah binti Muhammad
Ummu Kalthum binti Muhammad
Fatimah binti Muhammad
Maria al-Qibtiyyah
Ibrahim bin Muhammad
Isteri² Nabi SAW menurut Iqtifaq ulamak 11 orang,
6 berbangsa Quraisy :
1. Saidatina Khadijah binti Qhuwailid
2. Siti A'isah binti Abu Bakar
3. Habsah binti umar
4. Ramlah (Habibah) binti Abu Sufian
5. Hendon binti U'maiyah
6. Saidatina Sau'dah binti Zum'ah
4 berbangsa Arab :
1. Zainab binti Jahshim
2. Maimunah binti al-Haris
3. Zainab binti Khilaliah
4. Saidatina Juwairiah binti al-Harith
1 berbangsa Yahudi :
1. Saidatina Syafiyyah binti Khuyai
Mereka digelar Ummul Mukminin (ibu kepada orang² yang beriman).
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Isteri-isteri_Nabi_Muhammad_s.a.w.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment