Thursday, May 31, 2012

Doa; Ucap Kepada Pengantin / Makna Barakallahulakuma


video

Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud & Ibnu Majah
Nabi SAW bersabda, sunat untuk kita berkata :

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan

Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma | Official Lyrics Video


Baraka Allahu Lakuma Lyrics
By: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice

Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Friday, May 25, 2012

Sembahyang Sunat Witir


Salah satu sembahyang yang dilakukan pada waktu malam yang waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah datang waktu untuk menunaikan sembahyang sunat Fajar, baik didalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan lainnya dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Sembahyang Witir ini merupakan salah satu sembahyang sunat muakkad yang amat digalakkan melakukannya. Rasulullah saw sentiasa melakukan sembahyang ini dengan sembahyang sunat Fajar, baik ketika baginda didalam kota (bermukim) ataupun ketika didalam musafir. Bahkan ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan sembahyang Witir walaupun sekali.

Sabda Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Barang siapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami."

Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sembahyang sunat Witir walaupun ia tidaklah sampai hukum wajib

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim dari Ali ra yang bermaksud:

"Sebenarnya Witir itu bukanlah fardhu sebagaimana sembahyang kamu yang lima. Tetapi setelah Rasulullah saw melakukan sembahyang Witir baginda bersabda, " Wahai ahli Al-Quaran, kerjakanlah sembahyang Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil atau Esa) dan suka sekali kepada ganjil."

Rasulullah saw sering mengerjakan sembahyang sunat Witir ini sebanyak sebelas raka'at, dan ada juga yang meriwayatkan bahawa Rasullah saw mengerjakan sebanyak lima raka'at satu salam.Bahkan ada yang meriwayatkan yamg Rasulullah saw hanya mengerjakannya sebanyak satu raka'at. Memandangkan ini maka sembahyang Witir ini boleh dilakukan paling sedikit stu raka'at, kemudiannya tiga,lima sehinggalah yang paling afdhal sebelas rakaat. Kalau dilakukan tiga raka'at dan keatas, maka tiga raka'at yang terakhir boleh dilakukan dengan sekali salam, atau dua salam.

Cara melaksanakannya

1. Lakukanlah setelah selesai mengerjakan sembahyang sunat selepas Isyak, atau mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud ataupun selepas sembahyang Tarawih dibulan Ramadhan untuk mendirikan sembahyang sunat Witir.

2. Kalau melakukan sembahyang Witir sebanyak dua raka'at dahulu, maka lafazkan dan niatkanlah seperti berikut:

Ushalli sunnatal witri rak'taini lillahi ta'ala.

Ertinya :"Sahaja aku sembahyang sunat Witir dua raka'at kerana Allah ta'ala"

3. Bacaan selepas Fatihah:
Raka'at pertama: Surah Al-A'laa
Raka'at kedua: Surah Al-Kafiruun

4. Sesudah salam, maka berdiri lagi untuk mengerjakan satu raka'at Witir dengan lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri rak'atauni lillahi ta'ala

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu raka'at kerana Allah ta'ala"

5. Sekiranya melakukan sembahyang sunat Witir tiga raka'at terakhir dengan sekali salam, maka lafaz dan niatnya:

Ushalli sunnatal witri Thalatha rak'tin lillahi ta'la

Ertinya :"Sahaja aku sembahyang sunat Witir tiga raka'at kerana Allah ta'ala"

6. Pada raka'at sembahyang Witir yang terakhir ini eloklah dibaca selepas Fatihah ketiga-tiga surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

7. Adapun surah-surah yang disebutkan, bukanlah satu kemestian. Tetapi paling tidak, bacalah ketiga-tiga surah di dalam raka'at terakhir yang disebutkan.

Bacaan Doa Qunut Sunat Witir

Sekiranya dilakukan pada bulan Ramadhan selepas sembahyang Terawih, iaitu selepas 15 Ramadhan, sebaik sahaj bangun dari rukuk dan i'tidal pada raka'at kedua, hendaklah dibaca doa qunut sepertimana yang selalu dilakukan pada sembahyang Subuh setiap hari. Adapun bacaannya ialah:

Allahummah dinii fiiman hadait, wa'aafini fiiman 'aafait, wa tawallani fiiman tawallait, wa baariklii fiiman a'tait, wa qinii syarra maa qhadhait, fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa 'alaik, fa innahu la yazillu man waalait, walaa ya'izzuman 'aadait, tabaarakta rabbana wata'alait, falakal hamdu 'alaa maa qhadhait, astaghfiruka wa atuubu ilaik, wa sollallahu 'alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa'alaa aali wa sohbihi wassallam

Ertinya:"Ya Allah! Berilah aku petunjuk sepertimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sihatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau sihatkan. Muliakanlah aku bersama orang-orang yang telah engkau muliakan. Berkatilah segala yang Engkau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang sudah Engkau tentukan, kerana hanya sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menentukan, dan tiada seorang juapun yang dapat merubah ketentuanMu. Sesungguhnya tiadalah akan hina orang-orang yang Engkau muliakan dan tiada pula akan mulia orang-orang yang Engkau musuhi. telah memberi berkat Engkau, Wahai Tuhanku dan Maha Tinggilah Engkau."

Doa dan Wirid Selepas Sembahyang Witir

1. Seseorang yang selesai mengerjakan sembahyang Witir disunatkan mengucapkan zikir:

Subhaanal malikil quddus

Ertinya:"Maha Suci Tuhan Yang Maha Kudus"

2. Zikir ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suaranya.

3. Adakalanya Rasulullah saw membaca doa:

" Allahummaj 'al fii qalbii nuuraa, waafii basharii nuuraa, wafii sam'ii nuuraa, wa'ai yasaarii nuuraa, wafuuqii nuuraa, watahtii nuuraa, waamaamii nuura, wakhalfii nuuraa, waj'al lii yauma liqa ika nuuraa, wafii 'ashbii nuuraa, wfii sya'rii nuuraa, wafii lisaanii nuuraa, waj'al fii nafsii nuuraa, wa a'dzim lii wajzil lii nuura, wa'tinii nuuraa ".

Tahajjud

Wednesday, May 23, 2012

"The Prophet's Prayer" by Dr Muhammad Salah (Full Version)


Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

Assalamualaikum!

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita.

Maksud hadis:

“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah..


Tidak berdiri lurus.

Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri.


Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.

Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).


Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah.

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.


Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud.

Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”.

Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)


Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai.

Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)


Lafaz tahiyyaat akhir yang salah.

Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah RUKUN QAULI. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.


Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.

Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah RUKUN QAULI, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.


Tangan berayun-ayun semasa i’tidal.

Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.


Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.


Dada berpaling dari kiblat.

The seal of prayers


At the end of the prayer say three times:

Astaghfirullahu-l-Adheem, la ilaha ila Hu, al Hayy ul Qayyum wa atubu ilaih.

(I ask God for forgiveness and there is no God but He the Living, the Everlasting, and to Him I turn in repentance.)

Allahumma anta-s-salam wa minka-s-salam wa ilaika yauda salam tabarakta rabbana wa ta `alaita ya dhul jalali wal ikram.

(O Allah You are the Peace and from You comes the Peace. Give us the Peace. Blessed art Thou the most High. O Lord of majesty and bounty.)

La ilaha illa Allah wahda hu la sharik Allah Lahul mulk wa lahul hamd Yuhyi wa yumitu wa huwa ala kulli shay'in qadir.

(There is no God but Allah He is the One and there is no partner for Him To Him is all the World and to Him all the Praise He gives life and He takes life and He is powerful over everything.)

Then say thirty three times each:
Subhana'llah
Al Hamdulillah
Allahu Akbar

Ayat Al-Kursi

Bismillahir-Rahmanir-Raheem

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

In the Name of Allâh, the Most Gracious, the Most Merciful.

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."

(This Verse 2:255 is called Ayat al-Kursi)



Tuesday, May 22, 2012

Kelebihan Puasa Bulan Rejab



Kelebihan puasa bulan Rejab ni berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W ni:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.


Barang siapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barang siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barang siapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barang siapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”


Kisah yang diriwayatkan oleh Tsauban:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”



Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami (dengan selamatnya) ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain).

Sunday, May 20, 2012

Kisah Abu Yazid Al Bustami dan Paderi Gereja Samaan


Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, “ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.” Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”
Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.” Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.”

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.

32. Binatang yang paling utama.
Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.

42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Thursday, May 17, 2012

Al-Fatiha

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem.

Arabic: 1.1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

1:3 الرَّحمـنِ الرَّحِيم

1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين

1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين

1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Transliteration:

Al-Fatiha | 7 verses | The Opening | سورة الفاتحة Sura #1 | Makkah

Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Al ḥamdu lillāhi rabbi l-'ālamīn
Ar raḥmāni r-raḥīm
Māliki yawmi d-dīn
Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn
Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīm
Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
Translation: [Quran 1:1].

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

All praise is due to Allah, Lord of the worlds.

The Most Beneficent, the Most Merciful.

The Lord of the Day of Judgement.

Thee alone do we worship and Thee alone we seek for help.

Guide us to the Right Path.

The path of those upon whom Thou has bestowed favors, Not of those who Thou has cursed once nor of those who have gone astray.

Kiamat menurut Agama Islam


- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak." (sohih)


Semoga apa yang dikongsikan sekit-sedikit dapat berkongsi ilmu,,

sabda Nabi SAW .. "sampaikanlah kepadaku walaupun sepotong ayat"

Tuesday, May 15, 2012

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية




Maher Zain - Freedom

Gathered here with my family..
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom

This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Wednesday, May 9, 2012

The Prophet Muhammad's (PBUH) Last Sermon

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful

The Prophet Muhammad's (PBUH) Last Sermon

This sermon was delivered on the Ninth Day of Dhul Hijjah 10 A.H (632 A.C.). in the 'Uranah valley of Mount Arafat' (in Mecca).


After praising, and thanking Allah he said:

" O People, lend me an attentive ear, for I know not whether after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you very carefully and TAKE THESE WORDS TO THOSE WHO COULD NOT BE PRESENT HERE TODAY.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your LORD, and that HE will indeed reckon your deeds. ALLAH has forbidden you to take usury (interest), therefore all interest obligation shall henceforth be waived. Your capital, however, is yours to keep. You will neither inflict nor suffer any inequity. Allah has Judged that there shall be no interest and that all the interest due to Abbas ibn 'Abd'al Muttalib (Prophet's uncle) shall henceforth be waived..

Beware of Satan, for the safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, it is true that you have certain rights with regard to your women, but they also have rights over you. Remember that you have taken them as your wives only under Allah's trust and with His permission. If they abide by your right then to them belongs the right to be fed and clothed in kindness. Do treat your women well and be kind to them for they are your partners and committed helpers. And it is your right that they do not make friends with any one of whom you do not approve, as well as never to be unchaste.

O People, listen to me in earnest, worship ALLAH, say your five daily prayers (Salah), fast during the month of Ramadan, and give your wealth in Zakat. Perform Hajj if you can afford to.

All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white except by piety and good action. Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood. Nothing shall be legitimate to a Muslim which belongs to a fellow Muslim unless it was given freely and willingly. Do not, therefore, do injustice to yourselves.

Remember, one day you will appear before ALLAH and answer your deeds. So beware, do not stray from the path of righteousness after I am gone.

O People, NO PROPHET OR APOSTLE WILL COME AFTER ME AND NO NEW FAITH WILL BE BORN. Reason well, therefore, O People, and understand words which I convey to you. I leave behind me two things, the QURAN and my example, the SUNNAH and if you follow these you will never go astray.

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me directly. Be my witness, O ALLAH, that I have conveyed your message to your people. "


*The Qur'an: Revealed to Prophet Muhammad during the period from 610-632 AC. The first five verses revealed are: (1) Read in the name of your Lord, Who created. (2) Created man out of a clot that clings (in the womb). (3) Read and your Lord is the Most Bountiful. (4) Who taught by the pen. (5) Taught man that which he knew not.

Friday, May 4, 2012

Khatamun Nubuwwah

Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah).


Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk & mikraj m/s 4) diceritakan.. ketika Nabi SAW sedang berada ni Hijir Ismail (Baitullah).. datang malaikat Jibrail dan Mikail A.S, dan dibelah dada Nabi SAW dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati Nabi SAW dan dibasuh jantung Nabi dengan air zam-zam 3 kali.. dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah SAW dengan Khatamun Nubuwwah..

Dari kitab Madarijus Suud.. syarah ala Maulid Barzanji m/s 51 & 52.. (cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan (seperti urat), kelilingnya itu ada bulu-buluan (bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab Al Mawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,

Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu Bagi-Nya, Muhammad, Hamba-Nya, Rasul-Nya, ” dan di luar segitiga itu pada arah kanan, “ Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula, Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,

Disokong dengan Hadith..

Berkata hadrat Imam Thirmizi r.alaih, barangsiapa berwudhu' lalu melihat ia (ini khatam) diwaktu subuh, nescaya akan dipelihara akan dia ALLAH Taala sampai petang. Sesiapa melihat ia di waktu maghrib, nescaya memelihara dia akan ALLAH Taala sehingga waktu subuh, dan barangsiapa melihat ia ketika awal bulan (nampak anak bulan), nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir bulan, dan barang siapa melihat ia akan awal tahun (nampak anak bulan), nescaya memelihara akan dia oleh ALLAH Taala sampai akhir tahun dari bala dan bencana, dan barangsiapa melihat ia ketika bermusafir, nescaya jadilah safar itu diberkati ALLAH Taala keatasnya, dan barangsiapa mati pada demikian tahun, mengkhatamkan (mengakhirkan) oleh ALLAH Taala baginya dengan iman bahkan aku (Thirmizi) berharap akan ALLAH Taala, bahawasanya barangsiapa melihat ia (ini khatam) dengan benar cintanya akan Nabi SAW, dengan kepercayaan iman yang benar, dengan umurnya yang satu sahaja, memelihara ALLAH Taala akan seluruh apa yang tidak disukai sampai ia bertemu akan ALLAH Taala. (syarah Barzanji m/s 52)

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a telah berkata:

“Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah SAW. Maka dia berkata: Ya Rasulullah SAW, anak saudaraku ini telah jatuh sakit, maka Baginda SAW menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan padaku, kemudian Baginda mengambil wudhu’ maka aku pun minum air wudhu’nya. Kemudian aku bangun di belakang Baginda maka aku lihat satu cop yang terdapat antara bahu Baginda SAW.” (H.R Bukhari)

Berkata al-Qurtubi: Hadith-hadith sahih bersepakat menyebut bahawa cap kenabian adalah sesuatu yang jelas kemerahan terdapat pada bahu kiri Baginda. Sekurang-kurang kadarnya adalah sebesar telur merpati dan sebesar-besarnya sebuku tangan.