Wednesday, April 18, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Syirik sebab harta 2/2


sesi soal jawab.



> ketentuan qada & qadar Allah S.W.T.
> perempuan (isteri) hatinya keras umpama tulang yang bengkok, mereka merupakan kafarah bagi suaminya kerana dosa²nya yang lepas.

Kafarah

Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah S.W.T.

* Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.


JENIS-JENIS KAFARAH YANG BERKAITAN DENGAN MEMBERI MAKAN KEPADA FAKIR MISKIN (BERSEDEKAH)


Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.

* Wajib menqadhakan puasanya dan
* Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.


Kafarah musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia tinggalkan.

* Wajib menqadhakan puasanya dan
* Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan dan bertambahnya kafarah dengan bertambahnya tahun.


Kafarah orang tua yang tidak mampu berpuasa

* Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan.


Kafarah wanita hamil dan wanita menyusukan anak apabila berbuka kerana bimbangkan keselamatan anaknya.

* Wajib menqadhakan puasanya dan
* Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan.


Kafarah Sumpah

* Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau
* Memberi pakaian kepada fakir miskin


Kafarah Nazar

* Sama Kafarah Sumpah
* Wajib menqadhakan puasanya dan
* Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.


Kafarah Zihar

Memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut disebabkan sakit atau tua.


TAKSIRAN

1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg
Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh :

Kafarah
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00

Sumber : http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/fidyah-a-kaffarah.html

No comments:

Post a Comment